1.1 MAKSUD SEJARAH
• Sejarah
ditakrif sebagai peristiwa-peristiwa masa lalu yang berlaku dalam kehidupan
manusia.
• Dalam
bahasa Arab sejarah dikenali sebagai
SYAJARATUN.
Syajaratun bermaksud;
|
||
Pokok
|
Salasilah
|
Keturunan
|
Pohon
|
Riwayat
|
Asal usul
|
PENGERTIAN SEJARAH
|
|
Ibn Khaldun
|
Sejarah
membicarakan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia tentang
perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat tersebut.
|
Herodotus
|
Penceritaan
tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya.
|
Muhd. Yusof Ibrahim
|
Sejarah merupakan
catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
|
1.3 SUMBER SEJARAH
|
|
Sumber
Pertama / Primer
|
Sumber
Kedua / Sekunder
|
• Sumber yang
belum diolah dan
dicetak.
• Sumbernya
bersifat asli.
• Contohnya:
O Fail rasmi
kerajaan
O Surat peribadi
O Diari
O Fosil *
O Artifak *
O Manuskrip* yang
belum dicetak
O Batu bersurat
O Akbar
sezaman
O Minit mesyuarat
|
• Sumber yang
telah diolah dan
dicetak.
• Sumber yang
tidak asli.
• Contohnya:
O Buku
O Majalah
O Jurnal
O Ensiklopedia
O Akhbar
O Risalah
O Laporan tahunan
jabatan
O Dokumentasi
|
*
Fosil - tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman lampau
* Artifak –
barang yang dicipta oleh seperti kapak , pisau , dan pinggan mangkuk
* Manuskrip
– naskhah tulisan tangan atau bahan yang disediakan oleh penulis untuk
dicetak
|
1. 4 KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH
|
|
Kaedah
lisan
|
• Maklumat yang
diperolehi melalui temu bual dan ucapan.
• Maklumat terus
diperolehi daripada respondan melalui penceritaan, pengisahan, dan
perbualan.
• Sejarawan harus
memilih, mentaksir dan membandingkan fakta yang diperolehi.
• Ada unsur tokok
tambah seperti dongeng, mitos, dan lagenda.
|
Kaedah
bertulis
|
• Maklumat yang
diperolehi daripada sumber yang
bertulis, dilakar
atau dipahat pada batu , dinding
gua, kulit kayu,
daun kayu, gading dan kertas.
|
Kaedah
arkeologi
|
• Maklumat yang
diperolehi melalui kajian saintifik.
• Ada tiga bidang
– angkasa lepas , maritim dan gali cari.
• Maklumat yang
diperolehi daripada bahan tinggalan sejarah.
• Contoh : fosil ,
binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar dan kulit
siput.
• Kaedah ini yang
paling sesuai untuk mengkaji ketamadunan.
|
1.5 PENTAFSIRAN SEJARAH
•
Untuk
membuat tafsiran sejarah yang betul dan tepat memerlukan penyelidikan
•
Tafsiran
boleh berbeda antara sejarawan, kerana ada kepentingan diri, bangsa, negara dan
sebagainya.
•
Contoh:
Sejarawan Malaysia menulis Tok Janggut sebagai pejuang bangsa
Sejarawan Barat menulis Tok Janggut sebagai pemberontak
Sejarawan Barat menulis Tok Janggut sebagai pemberontak
1.6
KEPENTINGAN SEJARAH
Tujuan Mempelajari Sejarah
|
|||
• Untuk
mengenali tokoh yang telah menyumbang khidmat bakti demi
mempertahankan
kedaulatan bangsa dan negara.
|
• Untuk mengajar
kita sikap berhatihati supaya kesilapan masa tidak
akan berulang.
• Ini menyebabkan
generasi sekarang
merangka wawasan
masa depan.
|
• Untuk
memperolehi banyak
pengetahuan supaya
dapat membuat
penilaian.
|
• Untuk
memahami tamadun awal
bangsa kita
supaya dapat melahirkan
perasaan jati diri
dan keperibadian
bangsa.
|
Faedah Mempelajari Sejarah
|
||
• Untuk memberi
iktibar kepada kita
untuk memperbaiki
sebarang
kesilapan yang
telah dilakukan.
|
• Untuk memberi
perangsang.
• Contohnya,
Keagungan Kesultanan
Melayu Melaka
(KMM).
|
• Memupuk semangat
patriotisme* dan cintakan negara.
|
Sudut Informasi
• Mitos - cerita zaman
dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang
mengandungi
unsur-unsur kepercayaan.
• Lagenda - cerita dongeng
yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah.
• Patriotisme - semangat
cintakan tanah air.
• Kurun atau abad -
seratus tahun.
• Masihi - tahun atau
kurun yang dikira sesudah kelahiran Nabi Isa.
• Hijrah - tahun Islam
bermula dari tarikh Nabi Muhammad s.a.w. berpindah dari
Makkah ke Madinah.
• Kronologi – berurutan
mengikut masa kejadian.
• Dekad – jangka masa
sepuluh tahun atau dasawarsa.
• Penulis sejarah awal
negara;
i. Tun Sri Lanang -
Sejarah Melayu
ii. Raja Ali Haji - Tuhfat
al-Nafis
iii. Abdul Hadi Hassan -
Sejarah Alam Melayu
|
No comments:
Post a Comment